Thursday, September 3, 2009

Tips Jika Fuel Pump Rosak.....Waja

Setelah saya selesai urusan di pejabat Bendahari UPM, saya ke kereta dan saya masuk ke kereta untuk menghidupkan enjin kereta. Saya panic apabila saya ingin menghidupkan enjin kereta saya tidak boleh dihidupkan tetapi saya lihat kesemua isyarat/lampu di meter semuanya menyala termasuk bateri, air(radiator) dan tanda seruan.

Saya buka bonet hadapan dan melihat kabel ke bateri tidak kemas disambungkan atau bateri tidak berfungsi. Jangkaan saya meleset sama sekali.

Apabila saya start kali pertama, kedua dan ketiga saya dapati seperti minyak tidak dapat disalurkan terus. Saya teringat kejadian yang perlu berlaku kepada dua orang rakan saya apabila kereta mereka tidak boleh dihidupkan enjinnya. Lantas saya terus ke bahagain tempat duduk belakang dan membuka seat(tempat duduk belakang) untuk memastikan 'fuel pump' berfungsi atau tidak. Saya lihat keadaannya biasa saja.

Saya syak bahawa memang confirm fuel pump problem. Saya hubungi mekanik dan mekanik menyatakan jika kereta waja sudah hampir 3-4 tahun masalah tersebut kebiasaannya akan berlaku. Jadi setelah mekanik tersebut membuat semakan dengan menggunakan kaedah membuat power test di fuel pump tersebut barulah saya tahu confirm fuel pump bermasalah dan sudah tidak berfungsi.

Untuk makluman fuel pump tersebut berharga antara RM200- RM450(termasuk labour charges).

4 comments:

  1. ape tipsnya? panggil pomen je pown

    ReplyDelete
  2. tips mende nie....mana tips nya....alohai...

    ReplyDelete
  3. Memang susah ada Waja ni. Kereta Waja saya baru buat hal. Dia punya wiring ngan dia punya fuel pump buat hal kali ketiga. Saya pun baru list down beberapa item pasal kereta Waja and masalah berulang dan cara penyelesaian mudah:

    http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kereta-tak-boleh-start-apa-kena-buat.html

    ReplyDelete